Tuesday, April 16, 2013

Daripada Cendawan ke Perusahaan Makanan Tradisional

Dulu dikenali sebagai usahawan cendawan tapi kini telah menjadi usahawan makanan tradisional iaitu 'SAGON'. Makanan tradisional yang berasaskan kelapa. Walaupun pada mulanya, sambutan terhadap penghasilan sagon ini kurang sambutan, tapi kini dapat berbangga sehingga sagon tersebut sudah menembusi pasaran luar Terengganu. Dalam Terengganu sendiri, produk sagon ini telah memasuki pasaran di Kedai Payang dan juga Hypermarket Sabasun.